.EPUB ⚖ Perempuan Nan Bercinta ♹ eBooks or Kindle ePUB free

Bismillahirrahmanirrahim.Dengan tajuk yang ringkas tetapi puitis dan asing , Faisal Tehrani sekali lagi telah berjaya mencuri perhatian para pembaca di luar sana dengan buah tangan terbarunya Seperti Tengku Idora, saya juga tercari cari, siapakah Perempuan Nan Bercinta yang dimaksudkan Berbekalkan pesan dan sauh kata yang diulang ulang oleh watak berhantu Tengku Melor, sudah pasti rasa ingin tahu seorang pembaca seperti saya ditarik dengan lebih lagi Pada awal pembacaan, saya sangkakan bah Bismillahirrahmanirrahim.Dengan tajuk yang ringkas tetapi puitis dan asing , Faisal Tehrani sekali lagi telah berjaya mencuri perhatian para pembaca di luar sana dengan buah tangan terbarunya Seperti Tengku Idora, saya juga tercari cari, siapakah Perempuan Nan Bercinta yang dimaksudkan Berbekalkan pesan dan sauh kata yang diulang ulang oleh watak berhantu Tengku Melor, sudah pasti rasa ingin tahu seorang pembaca seperti saya ditarik dengan lebih lagi Pada awal pembacaan, saya sangkakan bahawa novel terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ITMB ini pasti berpusat kepada Tengku Idora, seorang pejuang hak asasi perempuan yang dijenterai oleh Quintilla dan beberapa watak lain dengan platform Modest Women Oriental atau MWO Tengku Idora sebagai seorang ahli akademik, pengkaji dan pelawan yang mempunyai nyalarasa yang sama yang dapat kita lihat pada seorang remaja yang kini sudah dewasa dan beranak cucu bernama Ali Taqi Sudah tentu, saya menyangkakan perbincangan dan pergelutan wacana yang diketengahkan mirip seperti Tuhan Manusia, tetapi ternyata tidak Dengan latar tempat nan pelbagai dan warna warna pemikiran yang sebenarnya satu dikehadapankan, kita seolah olah turut serta dalam penjelajahan watak watak ke Jerman, Iran, Mekkah dan Madinah, Lubnan dan lain lain Kerencaman latar belakang dan tempat inilah yang membawa ingatan saya kepada karya karya Faisal Tehrani yang lain.Faisal Tehrani sebagai seorang penulis yang mahir dan bijak menyusun kata telah berjaya membawa kita menerokai sudut pandangan yang pelbagai Bukan semata mata sudut pandang Tengku Idora, tetapi juga Bastian, Briana, Tengku Zanjabila, Hashemi, Siti Fatimah, Mustafa Chamran, Khadijah dan sudah tentu yang paling utama, Dr Ali Taqi, yang boleh dikatakan memainkan peranan sebagai pusat pemikiran kepada watak watak yang telah dinyatakan Bastian, Briana dan Hashemi boleh dikatakan berubah kutub disebabkan oleh Dr Ali Taqi Begitu juga dengan Idora dan Zanjabila yang menerima buah fikiran dan idea Dr Ali Taqi dengan lebih melalui pasangan hidup mereka masing masing Siti Fatimah dan Khadijah yang begitu dekat dengan Dr Ali Taqi dalam kehidupan pula sudah tentu terlebih dahulu sudah banyak mencerna sarwa pandang beliau Namun Mustafa Chamran yang ditampilkan secara sedikit sedikit itu mungkin dapat kita katakan tidak begitu terpengaruh dengan Dr Ali Taqi kerana mereka berdua sudah pun berhulukan sumber yang sama FASEH atau Pusat Kefasihan Pengucapan dan Kebudayaan yang dilagendai Dr Ali Taqi juga sudah tentu menjadi simbol agam bagi idea dan sarwa pandang beliau yang diakui mapan.Isu feminisme, liberalisme, sekularisme, pluralisme dan pluraliti, politik, dan perjuangan menjadi tawaran Faisal Tehrani dalam Perempuan Nan Bercinta Tidak dilupakan juga isu yang acapkali ditawarkan oleh beliau dalam blog dan karya karya yang lalu iaitu isu diskriminasi mazhab dengan tambahan kali ini disertakan alternatif atau mungkin saja penyelesaian iaitu aliran supramazhab Dengan kuasa kepengarangan yang ada, Faisal Tehrani telah berjaya menundukkan beberapa watak penting seperti Hashemi, dahulunya seorang ekstremis Briana, seorang feminis dan bekas ateis Bastian, seorang Kristian yang mencari cari dan sudah tentu Tengku Idora, seorang feminis totok yang akhirnya semuanya kembali menjadi lelaki dan perempuan nan mencintai kebenaran.Dengan menggunakan Mustafa Chamran, Asma dan Narges, Faisal Tehrani telah menampilkan sejarah perjuangan sekumpulan tokoh yang salah seorang daripada mereka telah dibuku puisikan dalam Ingin Jadi Nasrallah Beliau turut menggunakan watak watak dalam bab ini dan juga sejarah yang ditampilkan bagi membandingkan hal ehwal politik, ekonomi, khidmat sosial, struktur kemasyarakatan dan paling penting, keperibadian generasi tua dan muda di negara kita Kita dapat lihat kedalaman dan kefasehan Faisal Tehrani dalam memahami pemikiran tokoh tokoh dan perjuangan kumpulan yang diangkatnya ini Dalam masa yang sama beliau turut mengkritik sumber semangat dan konsistensi, juga kelesuan berpanjangan dalam ranah gerakan Islam tanah air.Perempuan Nan Bercinta berakhir dengan plot tergantung dengan gendala yang menimpa FASEH Tidak adil saya dedahkan di sini kerana elemen kejutan adalah seni kepengarangan yang sengaja disertakan Faisal Tehrani bagi peminat beliau yang lambat membaca atau sedang mengumpul duit bagi mendapatkan naskhah nan penuh cinta ini Tambahan, siapa tahu ada pula sambungannya dalam novel lain secara tidak langsung Perempuan Nan Bercinta dapat kita katakan seumpama gabungan pelbagai tema novel novel Faisal Tehrani yang lalu Sebongkah Batu di Kuala Berang, Tuhan Manusia, 1511H Kombat, Bedar Sukma Bisu dan sedikit Surat surat Perempuan Johor dan novel novel beliau yang belum sempat saya khatami Tapi secara peribadi, saya merasakan naskhah ini adalah Tuhan Manusia 2 Bagi peminat dan pembaca yang sekadar menelan bulat bulat, sudah pasti novel yang pancatema ini bakal menjadi punca sakit perut dan sembelit yang kronik Tetapi, bagi mereka yang meminati, membaca dan dalam masa yang sama menyedari seruan mengkaji dan menelaah yang dipesan halus oleh Faisal Tehrani pasti akan mengunyah 40 kali dan cermat mengasingkan tulang belulang dalam lauk pauk yang disediakan sebelum menelan Sedangkan Ketupat Cinta itu pun hanyalah ketupat nan bercinta, tetapi tidaklah pula ditelan bersama sama daun palas atau apa saja yang membalutinya.Pengarang bernama Faisal Tehrani ini hadir menggugah dunia sastera dengan karya yang begitu yakin dan berani, yang sebenarnya merupakan tawaran atas apa yang diketahui dan disungguhi beliau Provokasi yang dikarang sudah pasti mengharapkan balasan jawab yang juga setanding Dalam dunia persuratan, karya karya sastera seperti kata Dr Ali Taqi adalah usaha dan seruan ke arah kebenaran, yang harus digapai melalui jalan pengkajian dan penelaahan yang betul Saya mengulang kembali, bagi penelan penelan buku, karya ini sudah tentu menjadi sakit dan mudarat kerana tidak mampu dihadam dengan betul tetapi bagi para pengunyah lumat dan penghayat yang cermat, karya ini adalah makanan yang dihadam jadi penjana tenaga tambahan buat mengkaji kebenaran.Benar, sastera kini tidak seharusnya berlegar semata mata dalam bentuk khayalan dan luahan idea yang tidak terbatas dengan disiplin dan etika kepengarangan yang sudah tentu berlandaskan ilmu Karya karya sastera seharusnya menyeru, mengapung dan menggemburkan kembali semangat mengkaji dan mencari yang barangkali terkambus oleh lambakan bahan hiburan dan bahan bahan bacaan yang sedikit sebanyak menjadi gangguan atau distraction.Dan akhirnya, saya sertakan petikan daripada sebuah puisi yang saya terbaca secara tidak sengaja sebelum membaca Perempuan Nan Bercinta Puisi bertajuk Ayatullah Ruhullah Khomeini ini karangan seorang ilmuan rausyanfikir yang saya hormati dan begitu juga dengan gurunya , bukan kerana kertas kerja atau nota kakinya nan gah, tetapi oleh usaha keilmuan dan praktikalnya yang mungkin terhijab kepada sesetengah manusia Kita harus setia kepada Mustafa dan Tuhannya nan baqa Apa untungnya terus bertengkar siapa berhak menjadi Raja Jika Bu Bakar, Umar, Uthman, A isyah diragui kalian Bolehkah kami, yang lebih adna, lebih hina, dibuat kawan Wan Mohd Nor Wan Daud Prof Mutiara Taman Adabi Sebuah Puisi Mengenal Agama, Filsafat dan Masyarakat Dian Darulnaim Sdn Bhd Kelantan, 2003 Mujur saya terbaca.Wallahua lam Ulasan ini ditulis untuk PERADUAN ULAS BUKU ITBM DI BLOG FACEBOOK 2012 anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Membaca Perempuan Nan Bercinta PNB karya Faisal Tehrani tidak ubah seperti suatu odisi mencari ilmu yang sedikit mengecewakan Mengecewakan kerana penyudahnya agak antiklimatik dan tergantung pada hemat aku Seperti karya karya Faisal Tehrani yang terdahulu, novel yang menjadikan teras Islam sebagai nadi utama ternyata amat kuat aroma feminismanya Ada yang memberitahu bahawa PNB ini merupakan kesinambungan daripada Tuhan Manusia dan aku sebenarnya harus membaca yang itu dahulu sebelum menga Membaca Perempuan Nan Bercinta PNB karya Faisal Tehrani tidak ubah seperti suatu odisi mencari ilmu yang sedikit mengecewakan Mengecewakan kerana penyudahnya agak antiklimatik dan tergantung pada hemat aku Seperti karya karya Faisal Tehrani yang terdahulu, novel yang menjadikan teras Islam sebagai nadi utama ternyata amat kuat aroma feminismanya Ada yang memberitahu bahawa PNB ini merupakan kesinambungan daripada Tuhan Manusia dan aku sebenarnya harus membaca yang itu dahulu sebelum mengangkat PNB Ada pula yang bilang PNB ini mampu berdiri sendiri tanpa perlu dibaca Tuhan Manusia terlebih dahulu untuk faham ceritanya Entahlah Aku belum baca Tuhan Manusia dan aku baru sahaja usai baca PNB, faham sahaja kisahnya Cuma ulasan ini mungkin kurang ampuh kerana aku tidak baca Tuhan Manusia Mungkin.Faisal Tehrani masih lagi kekal dengan trademark beliau laras bahasa yang tinggi, kupasan isu yang teliti dan semestinya jenaka sinikal tempelakan terhadap masyarakat yang disuntik secara separa sedar di dalam lembar demi lembar novelnya yang sarat dengan konten Islamik Aku akui agak perlahan membaca PNB gara gara kontennya yang pada hemat aku agak berat untuk aku digest mungkin juga kerana na f dan kecetekan ilmu agamaku sendiri yang membuat bacaanku tersekat sekat dan berkali kali harus berhenti untuk mengugel beberapa hal yang disebut di dalam PNB dan juga jalan ceritanya yang agak meleret namun aku tidak begitu kisahkan kerana ini novel deskriptif yang meligatkan otak Kalau ada di antara kalian yang mungkin terfikir ini novel cinta yang beralaskan tema Islamik, sila pergi ke rak PTS Di sana mungkin boleh bertemu judul yang cocok dengan selesa kalian.Ini adalah plot cerita yang aku nampak kalau ada yang salah atau terkurang terlebih harap diberitahu di ruang komen asasnya PNB berkisar tentang seorang wanita feminis bernama Tengku Idora yang punya fahaman dan pendirian sendiri terhadap konsep dan aplikasi fahaman feminism dalam Islam, yang dikira harus ditegak dan dilaungkan meskipun jauh di sudut hatinya beliau sedikit sebanyak akur bahawa fahamannya itu agak tergelincir dari ajaran Islam yang pada hakikatnya suatu agama yang syumul Namun pada masa yang sama beberapa watak dimunculkan dan kisah mereka bergaul gaul antara satu sama lain, memberikan perspektif yang berbeza beza tentang definisi apa itu Islam di mata mereka.Sub plot yang bergerak secara tidak parallel dengan kisah Tengku Idora yang aku kesan ada tiga Pertama, kisah pencarian nur seorang lelaki bangsa asing bernama Bastian yang sejak sekian lama menaruh hati terhadap Tengku Idora namun sekadar memendamkan sahaja rasa hatinya dek perbezaan agama Kedua, kisah abang ipar kepada Tengku Idora yang bernama Hashemi yang pada mulanya sekadar menurut majoriti para ilmuan terhadap kebencian mereka pada seorang ilmuan Islam yang bernama Dr Ali Taqi dan pada akhirnya membuang tanggapan negatifnya terhadap lelaki cendekiawan tersebut setelah benar benar mengenali beliau dengan lebih dekat Ketiga, kisah Briana rakan sekerja Tengku Idora yang mulanya ateis namun di penghujung cerita mula menerima nur Islam.Ketepikan plot buat seketika dan aku kira kontroversi yang bertiup seputar tentang isu ada beberapa pihak yang kononnya mahu novel ini disekat merupakan suatu ketidakwajaran bagi pendapat aku Pertama, ya mungkin ada juga bibit bibit yang menyuarakan teras syiah dan sunni dan supramazhab suatu terma asing yang sehingga kini saya kurang faham maksudnya di dalam novel ini namun ia tidak lebih daripada dinyatakan dalam bentuk makluman atau fakta, banyak menerangkan daripada memancing kalau kalian faham maksud aku Kedua, isu liberalisasi Islam, perjuangan Hezbollah, kupasan tentang pengurusan jemaah haji oleh pihak berwajib di Mekah dan beberapa lagi isu dipersembahkan bagi aku dalam bentuk paling diplomatik, ada hitam ada putihnya, ada baik ada buruknya Makanya terpulang kepada pembaca untuk menilai, dan aku yakin rata rata yang berani angkat novel ini untuk dibaca bukan daripada golongan yang ehem dangkal otaknya Ketiga, kalau ya novel ini mahu disekat gara gara empat soalan yang dibangkitkan oleh Bastian di awalan novel yang menjadi batu penghalang baginya untuk memeluk Islam, kerana aku pernah terbaca entah di mana tentang asas mengapa buku ini harus disekat adalah oleh sebab hal ketiga ini makanya mereka yang mengusulkan untul buku ini disekat ternyata pada hemat aku ehem agak dangkal otaknya kerana gagal melihat novel ini secara keseluruhannya dan tidak membuat bandingan secara berkesan.Ini merupakan karya kedua tulisan Faisal Tehrani yang aku baca yang pertama merupakan Ketupat Cinta yang pada kaca mata aku amat berbeza gaya naratif dan penceritaannya makanya aku tidak punya banyak rujukan lain untuk aku bandingkan tulisan beliau Namun begitu, berdasarkan novel ini dan Ketupat Cinta, aku sudah mulai menyukai karya beliau dan mungkin di masa akan datang akan berani untuk membaca novel novel beliau yang lain Namun harus aku ingatkan, PNB bukan untuk semua Mungkin akan ada yang mencemuh dan pasti juga ada yang tersenyum memuji Aku harus angkat topi pada Faisal Tehrani tentang kemahiran luar biasa beliau untuk menghidupkan watak watak di dalam cerita yang beliau persembahkan Ternyata banyak kajian yang besungguh sungguh dilakukan oleh penulis untuk memastikan akurasi fakta dan maklumat yang dinyatakan Mohon pembaca baru ambil masa untuk meneliti nota kaki mungkin sebab aku banyak kali berhenti baca dan ambil masa untuk teliti jurnal yang disebut dalam nota kaki novel ini yang terselit di beberapa bab novel ini kerana dengan cara itu anda akan lebih faham tentang konten yang dipersembahkan.Ya, ini mungkin satu ulasan hambar yang tidak konklusif dari kaca mata seorang pembaca baru iaitu aku Kalian punya hak untuk caras dan bidas semahunya kerana bagi aku, tiada ulasan yang sempurna Ini hanya apa yang aku rasa dan fikir tentang novel ini Apa apapun, ini antara novel yang pernah aku baca yang aku kira baca sekali faham secupak, bacaan seterusnya baru bergantang gantang fahamnya datang InsyaAllah inilah buku pertama Faisal Tehrani yang aku habiskan baca mungkin tidak adil aku terus mengatakan bahwa aku sudah meresap dalam penulisannya ini bukan konsep cinta pandang pertama, ini konsep pemahaman dan iktibar.Perempuan Nan Bercinta begitu aku kecapi dalam dingin dan rasa membeku kalau saja aku tidak fikir yang aku sudah melakukan pengorbanan prinsiptual emosional, pasti aku sisipkan bersama buku buku aku yang lain di rak tunggu aku tua dan mau libur lalu aku buka kembali setan lu, Oph inilah buku pertama Faisal Tehrani yang aku habiskan baca mungkin tidak adil aku terus mengatakan bahwa aku sudah meresap dalam penulisannya ini bukan konsep cinta pandang pertama, ini konsep pemahaman dan iktibar.Perempuan Nan Bercinta begitu aku kecapi dalam dingin dan rasa membeku kalau saja aku tidak fikir yang aku sudah melakukan pengorbanan prinsiptual emosional, pasti aku sisipkan bersama buku buku aku yang lain di rak tunggu aku tua dan mau libur lalu aku buka kembali setan lu, Ophan haha buku ini begitu banyak fakta, sedikit cabang cabang filsafat, dan banyaknya jenis wawancara atau bual bicara dialog dialognya meransang, membuat aku membaca sepatah demi sepatah untuk lebih faham dan terasuk penulis seolah olah cuba influensikan minda dan sejarah pemikiran pembaca dengan kejelasan penyataan dan penyataan yang saat itu juga kita berusaha untuk lebih tahu dengan membuka situs wikipedia apa benar tidak, tetap kau akan temui percanggahan dan percanggahan itu segera kau jawab dengan meneruskan pembacaan lalu kau temui, namun akhirnya kau keliru kembali apa sudah jadi buku ini provokasi atau fiksi keagamaan, fahaman atau pembetulan fakta kau kembali lagi meneroka dan meyemakkan kotakfikir kau dengan mencari fakta di tempat lain kau temui pelik, sekian banyak yang kau temui, masih ada kekeliruan kau kembali pada buku ini, kali ini kau tidak temui jawaban, dukacita kau lebih banyak bermenung dan hilang arah semula kompas waktu membawa kau membaca lagi, pada part2 tertentu kau seolah menemui jawaban alangkah, ianya hanya persoalan kepada jawaban.ketuhanan adalah kepercayaan buku ini aku rumuskan sebagai satu cabaran kepada kita untuk berdiri teguh pada soal kepercayaan kita kepercayaan mencambah keimanan keimanan memperkasakan ketuhanan.tapi sayangnya aku sendiri yang sampai saat ini, selesai menghabiskan pembacaan aku tidak lihat di sini buku ini berakhir dengan tidak baik sekali, malah sangat membentur fikiranku untuk mengerti , masih takut.aku masih takut takut aku akan bertanya selepas itu, aku yang mana satu If you read it literally, you ll probably say he s propagating Shiah But if you read it technically, from cover to cover, you ll probably say the author is trying to protect the Shiah minority while still remain a Sunni The same technique being used by writers Nadine Gordimer a white Jewish protecting South African and Joseph Conrad a white Polish British criticising the white Westerners Anyway, Faisal Tehrani is a brave, honest and articulate author He is not afraid of prison bars If you read it literally, you ll probably say he s propagating Shiah But if you read it technically, from cover to cover, you ll probably say the author is trying to protect the Shiah minority while still remain a Sunni The same technique being used by writers Nadine Gordimer a white Jewish protecting South African and Joseph Conrad a white Polish British criticising the white Westerners Anyway, Faisal Tehrani is a brave, honest and articulate author He is not afraid of prison bars or interrogation Saya seorang Muslim Sunni dan Syiah saling melengkapi Terdapat pertanyaan yang tidak dapat dijawab Ahli sunah Waljamaah telah dijawab oleh Syiah dengan jayanya, dan kekurangan Syiah ditampung oleh Ahli sunah Waljamaah Dr Fatimah menahan sebak didadanya Saya seorang Muslim Mazhab sama sekali tidak penting lagi buat saya Mungkin dapat dikatakan saya Muslim generasi baharu Saya generasi supramazhab Bapa saya seorang Sunni Ibu saya seorang Syiah Nah, sekarang beritahu di mana salahnya kami p 409 TAPI Jika beliau betul betul promote Syiah, saya tetap akan kagum dan baca karya karya beliau yang akan datang Jangan boikot secara menyeluruh Jangan buat buat tak nampak akan usaha penulis mengajak kita menulis berlandaskan fakta, cari ilmu, menentang Zionis dan usaha beliau untuk melindungi hak hak wanita dan lain lain Tetapi untuk ikut dan beramal kata kata Faisal Tehrani 100% Nayyy ain t nobody got time for that Baik ikut dan beramal dengan kata kata Rasulullah SAW Cukuplah saya ikut dan beramal dengan Al Qur an dan Sunnah Yang ada dalam Al Qur an dan Sunnah solat tahajjud, taubat, hajat, dhuha, puasa Isnin dan Khamis, jangan mengumpat dan hasad dengki pun belum 100% buat.Some quotes to hmmm about Hanya dua kuasa sahaja yang tidak lelah melawan syaitan Amerika Sergah Asma semakin membara Marxisme dan Syiah, p 258 Sekejap habis, HAMAS Palestinian Sunni organization yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin yang hari hari kena kejar dengan Zionis tu dah lelah ke HAMAS yang kena serang, kena bom kerana cuba pertahankan rakyat Palestin dari dirogol, dibunuh dan diseksa dah lelah Syeikh Ahmad Yassin Sunni walaupun OKU tak boleh berjalan dan hampir buta mampu menakutkan Zionis dan Amerika Beliau siap kena tembak oleh peluru berpandu rejim Zionis Mayatnya berkecai dihadapan masjid sewaktu beliau dalam perjalanan pulang dari solat subuh berjemaah Imam Syiah pernah kena tembak kena bunuh dengan Zionis Sedihnya bila Sunni tak dapat kredit langsung oleh watak Asma ni Lantas setelah beribu tahun Ahli sunah Waljamaah dijadikan ideologi atau mazhab rasmi sebahagian besar umat Islam, tidakkah umat Islam berasa perlu memuhasabah diri untuk menggantikannya dengan lebih sepakat dan melekat p 341 Hmmm Idora angguk Teruja Dia faham kini bahawa Sayidina Ali adalah jalan untuk meraih ilmu Ini juga bermakna gerakan tanpa melalui kunci beliau adalah sia sia Baginda Sayidina Ali adalah pintu ilmu maka baginda dan ahlul baitlah yang diberi autoriti untuk mentafsir dan menjelaskan segala rahsia dan ilmu yang ada dalam Al Qur an, kerana sementelah Nabi sendiri berpesan al Qur an dan itrah ahlul bait saling melengkapi Hak itu tidak ada pada orang lain, p 336 Hmmmmmmm Orang Syiah percaya imam imam mereka berjumlah 12 orang itu maksum Dalam hal ini maksum yang dimaksudkan ialah keupayaan atau kekuatan untuk menahan diri daripada melakukan maksiat, dosa dan kebatilan, p 408 Hmmm oooookaayyyyy.Novel dia memang bagus sebab banyak rujukan dimuatkan daripada Al Qur an, Hadith dan artikel kajian Tapi, sebab kenapa saya tak bagi empat bintang 1 Fokusnya kadang kadang lebih kepada falsafah, ideologi, mazhab, ilmu berbanding plot cerita.2 Novel ini ibarat kompilasi artikel kajian Ibarat ambil dari kajian 1 kajian 2 kajian 3 kajian 4 kajian 5, ubah ayat sikit dan gabung jadi satu novel.3 Tak puas hati dengan muka surat 98 224 Freaking 126 pages tentang Dr Ali Taqi dan falsafah dia Saya macam Aku nak tahu cerita Dr Idora yang delusional tu Bukan pasal Dr Ali Tajuk novel kena ubah bukan Perempuan Nan Bercinta tapi Dr Ali and his philosophy.4 Tak tahu apa yang jadi tentang Dr Idora dan roh ibunya yang selalu menjelma Ke ada tapi saya terlepas pandang 5 Obses terhadap Saidina Ali Muka surat 327 330, proses perkahwinan antara Saidina Ali dan Siti Fatimah sangat detail dengan 40 000 malaikat yang menjunjung tabaq yang berisi segala pakaian syurga yang daripada gelang dan subang dan cincin yang ghaib rupanya, p 327 You want someMaka pada ketika itu, Allah SWT menikahkan Ali dengan Fatimah di hadapan segala isi langit yang ketujuh lapis serta segala sidang malaikat, pp 328 329 It is so detail sampai tak masuk akal level infiniti Sampai perempuan Melayu terakhir pun akan mencarut Meriah betul majlis kahwin Saiyidina Ali, mengalahkan perkahwinan Nabi SAW Siti Khadijah, Nabi Sulaiman AS Ratu Balqis, Nabi Ibrahim AS Siti Hajar Mana entah dia dapat detail 40 000 malaikat turun 6 Berlebih lebihan dalam memuji makhluk Allah iaitu Saiyidina Ali, Siti Fatimah, Hassan dan Hussein Bila sampai muka surat tertentu, saya macam Come on not this again Muak On page 114, the author mentions about aliran or sects.Kelompok tasawuf atau kesufian Aliran pertama, zuhud Kedua, aliran kasyaf dan makrifat Ketiga, aliran ittihad dan hulul iaitu kumpulan Sufi yang dikaitkan dengan pengaruh Hindu dan Kristian Keempat, kelompok Sufi yang dikenal sebagai penganut aliran al Isyraq Kelima, aliran al Hubb atau aliran cinta yang menggunakan cinta untuk menuju Allah Keenam aliran yang diberi nama suluk dan ada subsects iaitu Naqsyabandiyah, Tijaniyah dan Qadiriyah Aliran ketujuh ialah aliran akhlak yang menekankan ukhuwwah dan silaturrahim Kelapan, aliran wahdah al wujud yang diikuti oleh Hamzah Fansuri dan diterima oleh Syed Naquib Al Attas Isn t confusing Banyaknya label dan istilah Bukan ke Islam itu mudah Tak boleh ke kita stick dekat istilah muslim, mukmin, kafir, musyrik, munafik, murtad Kan sonang Non muslim yang nak masuk Islam pun mudah Tak payah nak fikir Aku nak join aliran mana ye Saya ingin include QA dari Dr Zakir Naik suka beliau sebab beliau selalu jadikan Al Qur an sebagai sumber utama Link Why are Muslims divided into sects A Because they do not follow Surah Al Imraan 103 says Hold to the rope of Allah strongly and be not divided Some say I m Syiah, some say I m Hanafi, some say I m Sunni, some say I m Salafi but what was the Prophet SAW Was he Sunni Was he Shiah Was he Wahabi Was he Hanafi Was he Salafi Our Prophet SAW is a Muslim Very easy Say I am a Muslim.Kalau kita tanya Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafi e dan Imam Ahmad siapakah kamu All of them akan cakap I am a Muslim Tak masuk akal kalau Imam Syafi e cakap I belong to mazhab Syafi e Semua scholars ini cakap Kalau kamu jumpa fatwa kami yang bertentangan dengan Allah dan Rasul, you throw my fatwa on the wall All of them came to get us closer to Islam and make us a practicing Muslim, not to divide our religion Hadis Tirmidhi no 171 Nabi SAW bersabda Nabi SAW yang cakap, bukan Imam or Dr Zakir Naik Akan ada 73 sects in Islam, all will go to hell except 1 Mungkin ini sebab novel ini di banned oleh Jakim Atas sebab menyebabkan kekeliruan dikalangan umat Islam Islam memudahkan, tapi novel ini tak memudahkan malah buat semakin kusut Orang bukan Islam pun tak jadi nak masuk Islam Just kidding Jika anda mahu cari buku ini, boleh hubungi saya di 0129611812 Saya ada stok buku ni. Supramazhab Sebenarnya inilah tema Perempuan Nan Bercinta, bahkan adalah juga mazhab rasmi Faisal Tehrani.Agaknyalah.Novel berat ini sebenarnya merupakan satu bukti bahawa Faisal Tehrani ialah rausyanfikir sejati Beliau bukan hanya mengutarakan isu, malah turut menawarkan penyelesaiannya Beliau adalah seorang daripada dua sama ada Mahdi yang menuangkan ubat namun dianggap racun oleh sebahagian manusia ataupun Dajjal yang mencampakkan racun tetapi dilihat sebagai ubat bagi sebahagian manus Supramazhab Sebenarnya inilah tema Perempuan Nan Bercinta, bahkan adalah juga mazhab rasmi Faisal Tehrani.Agaknyalah.Novel berat ini sebenarnya merupakan satu bukti bahawa Faisal Tehrani ialah rausyanfikir sejati Beliau bukan hanya mengutarakan isu, malah turut menawarkan penyelesaiannya Beliau adalah seorang daripada dua sama ada Mahdi yang menuangkan ubat namun dianggap racun oleh sebahagian manusia ataupun Dajjal yang mencampakkan racun tetapi dilihat sebagai ubat bagi sebahagian manusia.Hujah hujah yang diucapkan oleh watak watak dalam novel ini seperti Ali Taqi, Siti Fatimah, Hashemi dan Bastian Abbas tidak lain adalah hujah Faisal Tehrani sendiri Tentu beliau juga belajar daripada orang lain tetapi penegasannya di sini ialah Faisal Tehrani sememangnya seorang rausyanfikir Kerja sepuluh yang diajarkan oleh Ali Taqi tentu sahaja dilaksanakan oleh Faisal Tehrani Masakan beliau hanya tahu menyuruh tetapi diri sendiri tiada berbuat Tengku Idora Sebahagian daripada kita mungkin digambarkan sebagai Tengku Idora yang feminis, sekular, liberal dan membenci Ali Taqi ataupun dalam dunia sebenar tidak syak lagi ialah Faisal Tehrani sendiri Mungkin juga kita ini Briana yang sepemikiran dengan Tengku Idora tetapi tidak mengakui kewujudan tuhan ateis namun akhirnya jinak kepada Islam setelah berjumpa sendiri dengan Ali Taqi.Bagaimana dengan Hashemi Beliau yang terpengaruh dengan doktrin wahabi akhirnya menjadi lunak kepada para pencinta ahlul bait Beliau bukan Syiah tetapi menjadi tasyayyu hasan, juga selepas bertemu sendiri dengan Ali Taqi dan menjadi muridnya Agaknya dalam dunia sebenar berapa ramaikah sarjana sehebat Tengku Idora, Briana dan Hashemi yang berguru dengan Faisal Tehrani Ada satu babak yang membuatkan saya teringat kepada Faisal Tehrani lantas mengaitkan beliau dengan Ali Taqi Shah Ada satu babak apabila Shah, pembantu Ali Taqi sedang duduk di sisi majikannya Bukankah Faisal Tehrani mempunyai pembantu bernama Shah Oh, ini bukan penting pun Sekadar ringan ringan, bukan senggama lagi.Quran, sunah dan ahlul bait Inilah penawar yang dijual oleh sang rusyanfikir ini Resipi penawar ini dibukukan dan dijual dengan harga RM35.00 sahaja, dibayar sekali seumur hidup Belilah, kalau anda belum memilikinya Buku ini pasti berguna suatu masa nanti, kalaupun bukan sekarang.Lima bintang Suraya untuk Perempuan Nan Bercinta .EPUB ☨ Perempuan Nan Bercinta ☢ Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati Sejakdan Tuhan Manusia, Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini Tidak syak lagi, sejauh ini, suaranya menentang yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang sedang berlaku di seputarnya Sasterawan Negara Datuk Dr A Samad SaidDewan Sastera, NovemberFaisal Tehrani dengan mutu karya tidak boleh dipersoalkan, seiring dengan kepelbagaian genre diceburi daripada cerpen, novel, drama dan esei, di samping teknik penulisan membanggakan sehingga mampu menarik pengkaji Berita Harian,Jun Membaca Perempuan Nan Bercinta menimbulkan kepuasan pembacaan apabila Faisal Tehrani membawa pembaca tengggelam dalam pelbagai wacana dan perdebatan seputar agama dan Mazhab yang begitu sensitif dalam masyarakat kita Namun begitu masih banyak lagi persoalan yang ditimbulkan tapi belum terjawab sepenuhnya Novel ini seperti dijangka menimbullkan pebagai kontroversi dan kritik khususnya oleh agamawan Oleh itu diharap akan wujudnya perbincangan yang lebih menjurus ke arah peningkatan ilmu dan hik Membaca Perempuan Nan Bercinta menimbulkan kepuasan pembacaan apabila Faisal Tehrani membawa pembaca tengggelam dalam pelbagai wacana dan perdebatan seputar agama dan Mazhab yang begitu sensitif dalam masyarakat kita Namun begitu masih banyak lagi persoalan yang ditimbulkan tapi belum terjawab sepenuhnya Novel ini seperti dijangka menimbullkan pebagai kontroversi dan kritik khususnya oleh agamawan Oleh itu diharap akan wujudnya perbincangan yang lebih menjurus ke arah peningkatan ilmu dan hikmah seperti yang disarankan oleh Dr Ali Taqi menerusi FASEH sukar untuk mencatat tentang buku ini kerana ianya sangat berlainan dengan novel novel sastera yang pernah kita baca.Isu yang dijadikan wacana juga sangat sensitif buat dunia Melayu dan jarang dibincangkan secara ilmiah dan terbuka.Saya setuju dengan pengarang, ini karya Faisal Tehrani yang paling provokatif, berani dan ambisius. Seperti yang tertera di belakang sampulnya, ternyata buku Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini Saya sendiri telah mengikuti beberapa karyanya yang lain dan tidak dapat dinafikan betapa liuk lentok sastera tersadur kemas dalam segenap susunan aksara serta gaya bahasa, lantas menjadikan penceritaannya kuat dan makin menarik.Perempuan Nan Bercinta sangat bertepatan dengan beberapa watak dalam buku ini Watak utama yang pertama menampilkan Tengku Id Seperti yang tertera di belakang sampulnya, ternyata buku Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini Saya sendiri telah mengikuti beberapa karyanya yang lain dan tidak dapat dinafikan betapa liuk lentok sastera tersadur kemas dalam segenap susunan aksara serta gaya bahasa, lantas menjadikan penceritaannya kuat dan makin menarik.Perempuan Nan Bercinta sangat bertepatan dengan beberapa watak dalam buku ini Watak utama yang pertama menampilkan Tengku Idora, seorang perempuan yang memperjuangkan hak asasi wanita melalui sebuah gerakan feminis ala Barat, Modest Women Oriental MWO Bersifat progresif, gemar bermain main dengan doktrin liberal serta menolak hujah hujah berlandaskan sekolah pemikiran Islam yang lain Dia begitu akibat sejarah lampau Dor, cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati Bisikan dari arwah bondanya yang sering muncul dan terus mengganggu kewarasan Tengku Idora Sehinggalah suatu keajaiban telah berlaku terhadap diri Tengku Idora yang mana telah menghidap kanser pada tulang utama atau ewing s sarcoma dan pada akhirnya telah sembuh tanpa campur tangan manusia Pejuang feminisme yang nazak itu tersembuhkan di kota Madinah berkat doa dan bertawassul di Raudhah Setelah itu, Tengku Idora menjadi seorang perempuan yang sama sekali lain, seorang perempuan nan bercinta yang mulus buat suaminya Dalam erti kata lain dia insaf Betapa dia adalah insan yang terpilih dan menghampiri hikmah.Watak kedua adalah Zanjabila, adik kepada Idora Perwatakannya sama sekali berbeza dan bertentangan dengan kakaknya dia seorang yang lemah lembut dan terasuh sebagai perempuan lawa lahir batin Cinta Zanjabila kepada ilmu telah menemukan dia dengan seorang pemuda yang juga berilmu dan menjadikannya seorang perempuan nan bercinta Mereka menghalalkan hubungan dengan bernikah setelah perkenalan yang singkat Zanjabila terus membiarkan dirinya diulit dengan ilmu dalam masa yang sama cuba membawa kakaknya kembali ke landasan yang betul Buku ini turut menampilkan seorang lagi perempuan nan bercinta iaitu Siti Fatimah Ali Taqi Perempuan yang berjiwa revolusioner dan mewarisi keberanian Fatimah binti Rasulullah Dia juga mencintai sejarah dan politik politik yang merangkumi persoalan serta definisi yang lebih luas dan bukanlah urusan pemerintahan sesebuah negara semata mata Siti Fatimah Ali Taqi, seorang perempuan nan bercinta yang terus bangun melawan ketidakadilan Dan secara keseluruhannya, perempuan nan bercinta di dalam buku ini merujuk kepada nilai nilai murni, keperibadian serta keimanan Sayidatina Fatimah Zahra.Sekarang, saya kembali kepada perihal pandangan mengenai buku ini dari kaca mata saya sendiri Perempuan Nan Bercinta adalah sebuah buku yang mencoretkan sebuah penulisan deskriptif yang sarat dengan kognitif Untuk seorang lelaki yang masih miskin dengan ilmu terjemahan tafsir al Quran dan hadis, buku ini berat betul Dari sisi lain, saya menelannya sebagai sebuah konsep mengkaji dan berfikir seterusnya menghadam sebagai pemahaman dan iktibar Mungkin tidak keterlaluan jika saya anggap membaca karya Faisal Tehrani yang satu ini seolah olah membaca beberapa terjemahan hadis Juga perihal hadis sahih, hadis tidak sahih dan hadis maudhu atau palsu Selain itu, buku ini juga penuh berselirat dengan cabang filsafat yang bersimpang siur dalam sekolah pemikiran Islam, perbezaan pendapat antara mazhab, syiah dan sunni, soal ilmu dengan tunjang imamik, keimanan, tasawuf, sufisme, tawassul, Islam liberal dan pelbagai isu seperti perjuangan Hezbollah, perihal Mekah dan Madinah yang dijual atas nama wakaf, juga menelanjangkan kebejatan penguasa Mekah itu sendiri Faisal Tehrani turut mengkritik golongan Wahabi salafi dengan bergaya Semuanya diadun sebati dan tersusun kemas di atas plot yang mudah difahami.Membaca buku ini membuatkan saya tercampak ke dalam forum, pidato serta tengggelam dalam pelbagai wacana dan perdebatan seputar agama dan mazhab yang rata ratanya begitu sensitif di kalangan masyarakat kita Coretan mengenai sejarah kelahiran Ahli sunah Waljamaah serta kemunculan empat mazhab fikah yang ada hari ini, juga mengenai kerapuhan pakatan Ahli sunah Waljamaah dari segi teologi dan pakatan fikah yang longgar serta saling bertabrakan adalah sangat bersifat provokatif Tidak mustahil jika buku ini bakal mencetuskan kontroversi dan mendapat kritikan dari golongan agamawan yang punya percanggahan pendapat Saya tertarik dengan hujah Dr Ali Taqi, antara watak utama dalam buku ini Ketua Pengarah FASEH ini juga seorang tokoh Islam, seorang prinsipal dengan pandangan sarwa tauhidik profetiknya berkata, Tidak, saya tidak menulis untuk ditujukan kepada tuan tuan Saya mengarang untuk masa hadapan Saya anggap sebahagian besar pembaca kajian saya hari ini, di luar sana, ibarat raja yang suka bertepuk tangan dan mengangguk Khalayak lain yang akan menilai saya Khalayak mendatang akan bertepuk tangan, mengangguk dan betul betul mengerti kerana mencapai inti Saya beranggapan bahawa ayat ini menggambarkan tujuan sebenar Faisal Tehrani di dalam penulisannya Begitu juga dengan dialog dialog merangsangkan yang diucap oleh watak watak lain dalam buku ini Selain mengutarakan isu, ia juga menawarkan penyelesaian Di sini mencerminkan ciri ciri seorang rausyanfikir.Sebelum mengakhiri apa yang dipanggil ulasan ini, saya juga ingin menyentuh mengenai empat persoalan yang dibangkitkan oleh Bastian di dalam buku ini, di mana persoalan persoalan itu menjadi penghalang untuk dia terus memeluk Islam Oh ya, begitu juga dengan Hilda, wartawan CNN dan juga seorang Koptik Pada akhirnya mereka berdua ini telah memeluk Islam setelah mendapatkan kempat empat jawaban kepada persoalan itu Apakah persoalan yang dibangkitkan Apakah jawabannya Siapa pula yang menjawabnya Anda perlu baca sendiri agar lebih memahami Pendedahan demi pendedahan telah menunjukan bahawa Sunni dan Syiah adalah saling melengkapi Ahlul Bait bukan milik mutlak Syiah tetapi bisa menjadi rujukan dan hak semesta alam Dan tema supramazhab adalah menjadi tunjang kukuh untuk buku ini Mungkin juga mencerminkan diri Faisal Tehrani sendiri Apabila khatam dan menutup buku ini, saya jadi tertanya tanya apakah sebenarnya yang cuba dibawa oleh penulis Adakah tentang penjelasan sesuatu fahaman atau pegangan dalam erti kata lain keimanan dan keyakinan Atau suatu pembetulan fakta berbentuk provokasi dalam lembaran fiksi keagamaan Sebagai seorang muslim, saya sendiri jadi goyang di mana saya berdiri sekarang atau di mana harus saya berdiri sekarang Timbul kekeliruan tapi kadangkala merungkai persoalan Dan pada akhirnya, saya beranggapan atau mungkin sedar betapa ia hanya persoalan kepada jawaban Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah Sebuah garapan dalam bentuk fiksyen yang bijak Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa sebuah buku tidak bisa menyesatkan Buku juga tidak pernah membahayakan Kita manusia punya akal fikiran bukan Jika tidak setuju dengan tulisan dalam buku ini, saya harap akan ada Sunni yang tampil menghasilkan fiksyen menentang idea idea Faisal Tehrani secara bijak Bukan mengorbankan buku dengan mengeluarkan fatwa haram Oh ya, mungkin juga ada Salafi yang ingin menulis balas Saya masih dahagakan penulisan yang sarat sebegini Andai saya yang na f ini masih boleh berfikir secara rasional, mengapa tidak anda seorang ilmuan yang tinggi pengetahuan Apakah perselisihan mazhab sekarang lebih menjurus ke arah pertelingkahan politik Mungkin dengan mengetepikan perbezaan mazhab dan fahaman bisa menjurus ke arah penyatuan ummah Wallahualam