( READ PDF ) ☪ Tuhan Manusia ☬ MOBI eBook or Kindle ePUB free

Tuhan Manusia adalah seorang mullah yang terjelma menjadi sebuah buku Mullah ini bercerita kepada kita tentang bahayanya Pluralisme, Islam Liberal, falsafah falsafah Barat, serta serangannya terhadap Rasionalisme Mullah ini juga seorang ahli bahasa yang baik, kerana bahasa yang diucapnya sentiasa segar dan indah Seolah olah mullah ini pernah mendapat didikan seorang tasawwur melayu dari madrasah madrasah Sufi.Walaupun Faisal menyatakan pada awal buku bahawa buku ini lebih kearah perbincang Tuhan Manusia adalah seorang mullah yang terjelma menjadi sebuah buku Mullah ini bercerita kepada kita tentang bahayanya Pluralisme, Islam Liberal, falsafah falsafah Barat, serta serangannya terhadap Rasionalisme Mullah ini juga seorang ahli bahasa yang baik, kerana bahasa yang diucapnya sentiasa segar dan indah Seolah olah mullah ini pernah mendapat didikan seorang tasawwur melayu dari madrasah madrasah Sufi.Walaupun Faisal menyatakan pada awal buku bahawa buku ini lebih kearah perbincangan , namun beliau tidak bersikap adil terhadap faham faham liberal ini Hujah hujah pluralis dan liberal islam dipatah patahkan, tidak dibenarkan berlegar, malah ada juga beberapa persoalan yang dikemukan tidak terjawab Ini terjadi apabila Ali Taqi membalas persoalan Zehra dengan Aku tidak beli hujah bapa kau dan terus berlalu Ada ketika yang lain pula, Faisal kerap mengulangi gagasannya adalah Islam yang tulen dan menuduh Islam Liberal sebagai Orang orang yang perasan pandai Seolah olah mullah ini mengacukan pisau halimunannya kepada kita lantas berseru, Aku betul, kau salah, dan hanya kata kata dari mulut aku sahajalah yang benar benar islam Pendek kata, Mullah ini sedikit sebanyak menolak rasionalisme dalam pencarian ilmu.Ini bukan gelanggang ijtihad atau debat, ini suatu syarahan bentuk panjang yang dimerdukan oleh bait bait bahasa Mungkin ada yang setuju dengannya, mungkin ada juga yang tidak, tetapi yang pasti, suaranya berjaya mengegarkan dunia peradaban kita hari ini Sudah lamaku membaca buku ini namun sedikit ulasan ia memang berat dan membacanya ibarat seperti bersyarah kepada pelajar pula Tuhan Manusia lebih cenderung kepada falsafah berkaitan Islam, menentang pluralisme dan liberalisme hasil daripada konflik murtad yang dialami dalam kisah novel ini. Faisal Tehrani adalah antara penulis yang mampu mengadun wacana wacana semasa dalam karya sastera Tidak ramai novelis di Malaysia yang mampu membahaskan idea idea seberat pemikiran dalam karya sastera Mesej mesej sosial dan agama yang terkandung dalam novel ini sedikit sebanyak mampu memberikan gambaran umum terhadap pembaca terhadap ideologi yang wujud pada beberapa dekad ini dan penulis juga menjentik secara halus kepincangan yang berlaku pada masyarakat hari ini.Walaupun sesetengah terminol Faisal Tehrani adalah antara penulis yang mampu mengadun wacana wacana semasa dalam karya sastera Tidak ramai novelis di Malaysia yang mampu membahaskan idea idea seberat pemikiran dalam karya sastera Mesej mesej sosial dan agama yang terkandung dalam novel ini sedikit sebanyak mampu memberikan gambaran umum terhadap pembaca terhadap ideologi yang wujud pada beberapa dekad ini dan penulis juga menjentik secara halus kepincangan yang berlaku pada masyarakat hari ini.Walaupun sesetengah terminologi tidak diperbahaskan secara mendalam, namun penulis banyak menyusun kerangka kerangka dan asas utama sesebuah ideologi seperti pecahan falsafah yang terpecah kepada perennial dan transcedent yang tidak mampu difahami dengan mudah melalui tulisan Prof Tariq Ramadan dan Seyyed Hossein Nasr Penulis turut menjelaskan punca punca kelemahan umat Islam pada hari ini dan beza antara budaya bersifat kemanusiaan dan peradaban bersifatkan material.Secara total, buku ini mampu memberikan idea asas untuk menjawab hujah hujah pluralis dan hujah hujah ilmiah selebihnya sangat menarik jika diikuti dengan tulisan Dr Khalif Muammar dalam Islam dan Pluralisme Agama Alhaq ahad, la ta addad Kebenaran itu satu tidak berbilang.Saya tak meneroka awan seperti Syeikh Muszaphar dengan Soyuznya menerobos angkasa ke ISS yang mengorbit 35m dari radius atmosfera bumi Tapi selama 3 hari ini saya bagaikan melakukan penjelajahan dengan pembacaan Tuhan Manusia yang sama penting jika tidak lebih utama dengan penerokaan Syeikh Muszaphar ke ISS Ketika ulasan ini ditulis Ankgkasawan Pertama Malaysia sedang berada di ISS Sungguh remaja Islam seperti saya ataupun Islam it Alhaq ahad, la ta addad Kebenaran itu satu tidak berbilang.Saya tak meneroka awan seperti Syeikh Muszaphar dengan Soyuznya menerobos angkasa ke ISS yang mengorbit 35m dari radius atmosfera bumi Tapi selama 3 hari ini saya bagaikan melakukan penjelajahan dengan pembacaan Tuhan Manusia yang sama penting jika tidak lebih utama dengan penerokaan Syeikh Muszaphar ke ISS Ketika ulasan ini ditulis Ankgkasawan Pertama Malaysia sedang berada di ISS Sungguh remaja Islam seperti saya ataupun Islam itu sendiri di gasak kiri dan kanan, depan dan belakang, luar dan dalam.Yang cenderung seni diserang kecanduan hedonisme, hidup dan mati kerana liburan Yang cenderung intelektual dikepong lembah ideologi sekularisme, liberalisme, pluralisme, dan segala anasir isme Ali Taqi baru kehilangan abang kandungnya, Talha yang kalah dalam peperangan ini Talha yang mula berjinak dengan idea idea dan falsafah barat, seterusnya terpesona dan merasa bergaya memakai busana pluralisme, moden dengan pemikiran bebas mutlak tanpa berjejak dengan dasar agama Akhirnya kecundang di lembah kemurtadan.Dari sini, pencarian Ali Taqi seorang remaja yang cuba memahami kemurtadan abangnya secara langsung novel ini membawa perbincangan persoalan murtad dari pelbagai aspek, sudut , sisi sejarah, perundangan, wacana falsafah, ilmu logik dan yang terutama rujukan AlQuran dan Assunnah Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan tiang serinya adalah agama Inilah kata kata repitasi dalam novel ini Peradaban boleh kita pinjam dan ambil teknologi Jepun contohnya tetapi tidak budaya apatah lagi agama Shinto Jepun itu sendiri.Talha yang mungkin keliru antara kota dan rumah Telah cuba menggegarkan tiang seri rumahnya sendiri dengan pengisytiharan murtadnya Nauzubillah.Syeikh Muszaphar yang membuat kajian di ISS dan akan pulang serta berkongsi kajiannya Oleh itu saya yang telah pulang dan berpijak ke bumi semula setelah meneroka angkasa novel Tuhan Manusia cuma ingin sekadar berkongsi.Novel ini harus anda miliki www.makhluk bernama aku.blog.friendst ( READ PDF ) ♷ Tuhan Manusia ⚑ Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama Abang sudah murtad Sejak itu abah menjadi begitu pendiam Dia hanya bermain dan menghiburkan diri dengan haiwan ternakan Novel Tuhan Manusia menyelami kehalusan jiwa dan akal seorang adik yang cuba memahami kemurtadan abangnya Maka terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencabar hakikat ketuhananNovel Faisal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam Tuhan Manusia vs Manusia Tuhan, Mengulas Dua Karya FTTidak pasti, ianya suatu kebetulan yang indah atau sesuatu yang malang apabila saya membaca novel Profesor karya Faisal Tehrani ini sejurus selepas saya baru sahaja menamatkan novel beliau yang ditulis hampir 10 tahun yang lalu iaitu Tuhan Manusia.Disebabkan saya membaca dua novel ini secara berturutan, maka saya tidak dapat lari daripada membandingkan kedua dua karya ini walaupun saya cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan itu Tetapi bi Tuhan Manusia vs Manusia Tuhan, Mengulas Dua Karya FTTidak pasti, ianya suatu kebetulan yang indah atau sesuatu yang malang apabila saya membaca novel Profesor karya Faisal Tehrani ini sejurus selepas saya baru sahaja menamatkan novel beliau yang ditulis hampir 10 tahun yang lalu iaitu Tuhan Manusia.Disebabkan saya membaca dua novel ini secara berturutan, maka saya tidak dapat lari daripada membandingkan kedua dua karya ini walaupun saya cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan itu Tetapi bila difikirkan kembali, apa salahnya saya membuat perbandingan Memang kedua duanya ada banyak perbezaan secara lahiri mahupun batini nya walaupun ditulis oleh penulis yang sama.Elok saya mulakan dengan novel Profesor terlebih dahulu, kerana novel ini masih segar bugar dalam kepala.Saya mula membaca novel ini tanpa berani membaca sebarang review atau ulasan tentang novel ini daripada sesiapa pun, hatta ulasan daripada penulisnya sendiri Saya hanya mengetahui yang tema dipilih oleh penulis dalam novel 371 muka surat ini ialah tentang hak minoriti, iaitu kelompok lesbian Novel ini juga dicetak terhad, hanya 1500 naskhah dan katanya tidak akan diulang cetak lagi Katanya juga, dicetak terhad kerana dikhuatiri akan di ban lagi karya kontroversi begini atau mungkin juga kerana kekangan dan keadaan ekonomi dalam industru perbukuan kini, wallahualam.Novel ke 24 penulis yang mengambil tema hak asasi manusia ini pada awalnya saya baca dengan penuh rasa resah gelisah kerana sudah membangkitkan rasa tidak selesa dan tidak setuju dengan hujah hujah yang dibawa Membaca prolog sahaja pun sudah mengundang gundah Nama Profesor Suliza, Ustaz Idrus, Jebat muncul Perkataan feminis, lesbian, orang masjid, melempari baru, memijak, menendang dan membunuh feminis sudah diperkenalkan.Sebagai seorang pembaca tegar karya non fiksyen, saya memang sangat menggemari sebarang novel yang menyulam dengan indah segala fakta disebalik plot cerita yang mahu disampaikan Apatah lagi tema yang berkaitan dengan hak minoriti, hak asasi manusia, kelompok LGBTIQ yang jarang sekali diangkat dan diceritakan oleh penulis muslim melayu di rantau ini.Ya, seperti novel novel Faisal Tehrani sebelum ini novel ini sarat dan berat dengan fakta, kali ini tentang hak asasi manusia Dengan semua watak utamanya mengambil latar belakang profesion bidang akademik, memang penulis dengan sebebas bebasnya boleh memuntahkan fakta Bagi sesetengah pembaca mungkin akan merasa sedikit bosan apabila banyak petikan daripada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 UDHR dinukil kembali, kronologi bagaimana deklarasi demi deklarasi oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu PBB dalam isu hak golongan LGBTIQ ini berlaku, bagaimana reaksi negara negara terhadap golongan minoriti ini dan juga pendedahan beberapa kajian tentang isu gay dan lesbian khususnya.Pendedahan demi pendedahan tentang isu begini sangatlah sensitif Sensitif untuk disentuh apatah lagi untuk diberi pandangan yang agak berlainan daripada pandangan sedia ada yang telah lama berakar dalam agama dan budaya kita sendiri Saya sejak awal membaca novel ini sudah mempunyai beberapa pandangan yang kurang bersetuju dengan pendirian yang ditonjolkan dua watak utama, Profesor Suliza dan juga Dalila Saya ada masalah dalam cara mereka memahami dan memandang isu utama iaitu tentang makna sebuah hak asasi manusia Nampaknya penulis yang dahulunya pernah menukil pandangan Syed Naquib Al Attas dalam novel beliau Tuhan Manusia telah meninggalkan sudut pandang yang dipilih oleh tokoh pemikir Islam itu dalam meletakkan neraca pandangan alam Islam yang seharusnya dipakai tatkala meneliti tentang hak asasi manusia Awal awal novel ini juga telah diberikan makna tentang hak minoriti yang saya kira antara wacana baru yang menarik yang harus dan wajar untuk terus dibincangkan Fiqh minoriti mungkin juga antara istilah yang lebih tepat untuk terus membincangkan tentang ini.Seterusnya sandaran sinis terhadap watak agamawan yang ditonjolkan dalam novel ini memang akan membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati golongan ini sekiranya mereka cepat melatah dan kurang matang Masakan tidak, Ustaz Haizum yang merogol anak muridnya sendiri di sebuah sekolah agama, Ustaz Idrus yang boleh saya simpulkan seperti ustaz gila seks , suami yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, ustaz yang opportunis dan penjual agama sejati Watak watak agamawan ini digambarkan dengan sangat buruk, tetapi itu antara serpihan realiti pahit yang terpaksa ditelan walaupun kita juga perlu rasional, mustahil semua agamawan sikapnya begini Ini cuma salah satu sisi yang dipilih oleh penulis.Antara kekuatan novel ini yang sangat saya suka ialah pemilihan latar tempat cerita yang sangat pelbagai Pada awal bacaan, saya terus membaca kerana latar tempat Berlin yang diceritakan Penulis mendeskripsi tempat tempat latar dengan sangat baik, kita tidak akan pernah statik berada di satu satu tempat dengan agak lama sebaliknya akan dibawa mengembara ke pelusuk dunia Terutamanya di bandar bandar utama hak asasi manusia terus berkembang dan diwacanakan dengan kerap Antaranya seperti kota yang digelar sebagai kota hak asasi manusia, Geneva Kemudian kita akan ke India, Paris, London , Jerman, Jepun dan banyak lagi Tak pelik kalau boleh dikatakan novel ini juga ialah novel kembara.Jika mengikut mazhab penulisan patuh syariah yang pernah diperkenalkan dahulu, saya kira novel ini mungkin tidak memenuhi standard piawaian patuh syariah itu Ada beberapa adegan erotik tentang hubungan sejenis dan juga hubungan suami isteri yang telah ditulis dengan agak jelas Walau ada ketika digunakan kiasan dan juga metafora Namun, betullah novel ini hanya untuk pembaca yang matang Bukan untuk pembaca bawah umur atau yang sudah berumur tetapi tidak boleh menerima gaya penulisan terbuka seperti ini.Sisi istimewa novel ini bukan hanya semata mata menyentuh tentang isu hak asasi manusia, tetapi kerana membincangkan tentang perkaitan antara hak asasi manusia dan sejarah ketamadunan Melayu Apakah benar nilai dan adat Timur menolak UDHR 1948 Apakah mustahil Timur dan Barat bersatu Persoalan ini dijawab melalui nota nota watak Jebat, yang bagi saya sangat menarik Sejak tahun 1812 dalam kamus yang disusun dan disunting oleh pegawai colonial Barat telah wujud perkataan perkataan yang menunjukkan bahawa wujud eleman hak asasi manusia itu di alam Melayu Beberapa fakta dan hujah dinukilkan Saya sangat terpesona membaca tentang ini kerana jarang untuk dikaitkan dan didedahkan tentang kajian ini dalam novel.Dinyatakan juga bahawa hak asasi manusia sememangnya tidak bertentangan dengan Islam, walaupun hujah hujah yang dinyatakan agak sedikit dan kurang meyakinkan Konsep Ayton Shelker, tiada sebarang pertentangan antara hak asasi manusia dengan mana mana agama dan budaya tidak sepenuhnya tepat, masih ada banyak perkara yang boleh dipersoalkan.Ada satu watak yang terus menghubungkan antara karya Profesor atau Manusia Tuhan ini dengan karya penulis yang sebelum ini, Tuhan Manusia iaitu watak Dr Ali Taqi Bagi yang membaca Tuhan Manusia, mustahil tidak mengenali watak ini Malah jika tidak silap saya, ada juga nama ini muncul dalam karya Faisal Tehrani yang lain.Oleh kerana saya juga baru sahaja selesai membaca novel Tuhan Manusia ini, sudah tentu watak Dr Ali Taqi ini sangat melekat dalam kepala Selain itu wacana tentang pluralisme yang diangkat penulis dalam karya ini juga masih terasa segar untuk terus dibincangkan walaupun jika dikira peredaran masa kini, wacana ini mungkin sudah kurang popular Tetapi yang paling jelas dalam kedua dua novel ini ialah, perubahan seorang Ali Taqi Ya, memang diakui sendiri penulis dalam novel Profesor yang Profesor Dr Ali Taqi telah meninggalkan banyak pandangan beliau yang konservatif sebelum ini dan bertukar menjadi pejuang hak asasi manusia sejati.Sebagai pembaca yang baru sahaja teruja dengan Dr Ali Taqi dalam karya Tuhan Manusia, saya melihat evolusi watak ini dalam novel terbaru Profesor walaupun kini Dr Ali Taqi bukan lagi watak utama Sejujurnya, saya masih mahu dan merindui Ali Taqi dalam Tuhan Manusia berbanding Ali Taqi dalam Manusia Tuhan.Kalau Tuhan Manusia penuh dengan ayat ayat Al Quran, dalam novel Profesor ini penulis telah meninggalkan pendekatan ceramah agama ini sebaliknya berwacana dengan sesuatu yang lebih berat Tiada lagi serangan terhadap sekular dan Barat sebaliknya Barat kini menjadi kiblat untuk hak asasi manusia Tiada lagi watak berdegar degar dengan slogan perjuangan dan memartabatkan Islam.Latar tempat untuk Tuhan Manusia agak sempit, hanya berkisar di dalam negara, di sekolah dan kampung Jauh berbeza dengan novel Profesor yang telah mengembara ke pelusuk dunia.Menjadi penulis memberikan kita kebebasan untuk memilih dan mengangkat wacana yang kita mahukan Menjadikan kita bebas memilih sudut pandang yang terus dan mahu kita serapkan kepada pembaca I am writer, a trader in fiction I maintains beliefs only provisionally fixed beliefs would stand in my way I change beliefs as I change my habitation or my clothes, according to my needs On these grounds professional, vocational I request exemption from a rule of which I now hear for the first time, namely that every petitioner at the gate should hold to one orbeliefs Elizabeth Costello, watak seorang pengarang yang dicipta novelis J.M Coetzee, penerima Hadiah Nobel.Petikan ini yang kini menjadi pegangan penulis, disebut beliau ketika diwawancara tentang novel ini Inilah kesimpulan penulis, malah nampak jelas jika kita membaca kedua dua karya ini dan membanding bandingkannya.Untuk saya, kedua dua novel ini memaksa saya untuk berfikir dan mencari hujah terhadap apa yang saya percaya dan yakini selama ini dengan lebih keras Tema wacana yang diketengahkan dalam kedua dua novel ini adalah tema yang berat Pembaca yang tidak punya latar asas ilmu tentang tema ini, memang akan mudah hanyut dan menerima sahaja apa yang disuap penulis Sebaliknya pembaca yang membaca dan kemudian mencabar diri untuk terus berfikir dan mengkaji, tidak akan pernah tenang selepas membaca karya karya ini Emosi dan intelektual kita terusik.Disebabkan itulah saya kira, penulis merupakan seorang penulis yang baik Penulis yang memperdagangkan idea dan wacana untuk terus disambut Sepertimana novel novelnya yang lain, FT tidak pernah gagal untuk memberikan sesuatu yang baharu kepada pembacanya Usai membaca Tuhan Manusia, saya seakan diberikan suatu nafas yang lebih sihat dan segar Novel FT pada kali ini mengupas pertembungan Barat dan Islam melalui Ali Taqi, seorang remaja belasan yang cuba memahami kemurtadan abang kandungnya, Talha Membaca novel ini boleh dikatakan sama seperti menguliti sebuah kitab yang sarat dengan ilmu berguna Awal awal lagi pembaca sudah dicaba Sepertimana novel novelnya yang lain, FT tidak pernah gagal untuk memberikan sesuatu yang baharu kepada pembacanya Usai membaca Tuhan Manusia, saya seakan diberikan suatu nafas yang lebih sihat dan segar Novel FT pada kali ini mengupas pertembungan Barat dan Islam melalui Ali Taqi, seorang remaja belasan yang cuba memahami kemurtadan abang kandungnya, Talha Membaca novel ini boleh dikatakan sama seperti menguliti sebuah kitab yang sarat dengan ilmu berguna Awal awal lagi pembaca sudah dicabar untuk memahami definisi dan ciri ciri pluralisma, yang menyarankan bahawa kebenaran bukanlah hak mutlak sesuatu agama, kerana kononnya perbezaan agama dan budaya adalah penyebab pelbagai bagai konflik PluralismaPluralisme dalam karya ini dikatakan menghina semua agama kerana menyamakan semua agama yang pada asas dan dasarnya sahaja sudah cukup berbeza beza Bayangkan sekiranya anda mempercayai konsep Tuhan yang satu dalam Islam, anda juga dianjurkan menerima kepercayaan Kristian yang berkonsepkan keTuhanan Trinity Begitulah sebaliknya jika anda menganut agama Kristian atau pun agama agama lain Absurd, bukan Pluralisme di sini turut menghina kemampuan berfikir dan membuat pilihan setiap individu yang waras kerana seperti kata Hamka, sekiranya semua agama sama, maka untuk apa beragama Karya ini juga menyebut tentang menyalahgunaan terjemahan puisi Maulana Rumi The lamps are different but the Light is the same dan menyamakannya dengan kata kata dari kitab suci agama Hindu, Buddha dan Kristian.Terjemahan yang asal seperti berikut The light is not different, though the lamp has become different Puisi Rumi disebutkan sebagai telah diterjemah dan ditafsir dalam konteks yang sangat salah oleh John Hicks, nabi agama pluralisma ini.Ya, kita tahu semua lampu memancarkan cahaya tetapi cahaya juga ada banyak jenisnya Cahaya yang terang tidak sama dengan cahaya yang malap Yang harus dicapai adalah kerukunan antara agama, bukan kesamaan Islam dalam konteks ini menganjurkan kita untuk menghormati bukan menerima atau mempercaya agama agama lain Paksaan untuk terhadap penganut agama lain untuk menerima Islam adalah tidak dibenarkan sama sekali Tiada paksaan untuk memasuki agama Islam sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada yang sesat Berdakwah pula haruslah dengan hikmah Selebihnya adalah urusan Allah s.w.t yang mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Murtad Murtad ditafsirkan sebagai penolakan terbuka, tanpa paksaan, dengan penuh kesedaran melakukannya Jika sekadar ragu ragu, seseorang itu tidaklah diiktirafkan sebagai murtad Sekiranya terdapat keraguan, umat Islam dianjurkan untuk bertanya dan mencari dalam linkungan akidah dan syariat Kita boleh lihat di Singapura, lebih 90% mereka yang berniat ingin murtad telah kembali setelah diberi kaunseling yang teratur oleh ulama yang berhikmah tentunya.Murtad menurut pendirian Islam adalah suatu bentuk pengkhianatan dan pembelotan Sekiranya Amerika menetapkan perbuatan memerangi Amerika dan bersekutu dengan penyerangnya sebagai sebagai pengkhianatan dan England mengganggap jenayah terhadap keluarga di raja sebagai pembelotan, kenapakah Islam yang mencakupi seluruh aspek hidup penganutnya dengan Tuhan di kedudukan yang paling atas, dikatakan sebagai kejam apabila menghukum individu murtad sebagai pengkhianat dan pembelot Sekiranya penentangan terhadap perlembagaan negara boleh dihukum bunuh, maka kemanakah hukumnya apabila khianat terhadap Allah S.W.T Kerapuhan akidah IslamApabila Islam dilihat sebagai tidak lagi menarik, malahan ada juga orang Islam yang memilih untuk keluar dari Islam, sesetengah ulama menyalahkan serangan barat yang bertubi tubi terhadap akidah, budaya dan seluruh sistem Islam Namun begitu kerapuhan akidah umat Islam yang berpunca daripada faktor faktor seperti kelemahan institusi institusi ilmu Islam, budaya hedonisme, keterpersonaan intelektual Islam terhadap falsafah Barat, kelemahan pemimpin dan sistem politik dunia Islam serta beberapa lagi haruslah diperhatikan juga Semua ini dihuraikan dengan molek dalam novel ini Budaya hedonisme misalnya, dihuraikan sebagai alat untuk melalaikan remaja remaja yang kurang minat berfikir dan membaca supaya kecanduan hiburan dan melupakan Islam Fahaman modenisme misalnya menghapuskan keyakinan umat Islam terhadap kemampuan diri sendiri untuk maju sebagai umat Islam dalam linkungan Islam Umat Islam dimomokkan bahawa Islam adalah halangan yang sudah tidak relevan dan kolot serta harus ditinggalkan untuk mencapai kemajuan Ini jelas saja merupakan fahaman yang terpesong Lihat bagaimana ahli ahli sains zaman kegemilangan Islam seperti Ibnu Sina dan Ar Razi Ibnu Sina yang hafaz Quran, mendalami ilmu feqah dan falsafah, diceritakan oleh sejarah sebagai bersolat dan bermunajat di masjid apabila berdepan dengan masalah dalam pengajiannya Pelbagai penemuan dan hasil kerja saintis saintis zaman kegemilangan Islam ini masih menjadi rujukan dan asas dalam pelbagai bidang ilmu hingga sekarang Nah Lihat bagaimana dengan berpegang kepada Islam dengan teguh, umat Islam boleh saja berjaya membina peradaban dan mencapai kemajuan.Dalam kekalutan pelbagai falsafah yang telah tercipta, komunisme, modernisme dan sebagainya, karya ini turut mengajak umat Islam supaya kembali menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan utama sebelum mencari dan mendalami ilmu ilmu falsafah dari Barat.Kesimpulan Andai kota itu peradaban, rumah utamanya haruslah budaya, dan tiang seri rumah itu hendaklah agama.Dalam bab bab terakhir FT turut memberikan tafsiran terhadap peradaban dan budaya, yang seringkali digunakan secara interchangeble Budaya disebutkan di sini sebagai,.satu set prinsip dan nilai nilai yang menjadi sumber peribadi manusia dan kehidupan sosialnya untuk mendapat kekuatan dan mendapat perlindungan seperti sebuah rumah, dan dari set prinsip dan nilai itulah hubungan sesama kita dibina.Manakala peradaban ialah, usaha manusia menggunakan sumber yang ada menerusi sains dan teknologi dan ciptaan yang membolehkan manusia mengunakannya dalam industri, pembinaan material, pertanian dan juga peperangan.Karya ini turut menyebut tiang seri sebagai doktrin monoteisme dan nilai nilai keimanan Tiang seri yang tidak sesuai akan menyebabkan rumah runtuh dan sekiranyanya rumah sudah runtuh, mampukah kita membina kota Secara tidak langsung bolehlah katakan bahawa seorang Islam itu haruslah mengenal dan mengiktiraf keadaan dirinya sebagai Islam, supaya Islam itu menjadi sumber kekuatan dirinya Apabila identiti dan jati diri umat Islam itu sudah terbentuk dengan kukuh, maka proses pembinaan peradaban secara original, tanpa perlu terkinja kinja mengejar kemajuan teknologi Barat, boleh berjalan dengan baik Saya ingin meminjan contoh kemajuan Iran yang banyak disebut dalam artikel artikel FT Filem Iran misalnya, tidak perlu adegan adegan berkemban atau bersentuhan lelaki perempuan untuk menghasilkan karya seni yang cemerlang hingga mendapat pengiktirafan Hollywood sendiri Dari aspek sains dan teknologi, negara kita turut membeli vaksin selsema burung yang telah dibekalkan oleh Iran Sekiranya Iran boleh sahaja membina peradabannya sendiri tanpa perlu terkejar kejar mahu sama dengan peradaban Barat, maka saya meletakkan harapan yang lebih tinggi untuk negara saya mencapai kejayaan yang serupa Sekiranya pembaca ingin memahami persoalan murtad dan kerapuhan akidah umat Islam, buku ini akan memberikan kefahaman yang cemerlang Namun, sekiranya yang dicari adalah hiburan semata mata, stail karangan novel ini mungkin saja dianggap seperti berceramah, sinonim dengan rasa bosan dan monotonous Penulis awal awal lagi sudah menyebut untuk meneruskan gaya khutbah dan meminjam gabungan etika, estetika dan intelek seperti kitab Nahjul Balaghah Penulis juga tidak minta supaya dia dipersetujui tetapi berharap untuk membuka ruang ruang perbincangan supaya isu murtad dapat ditangani dengan berhemah dan saksama.Sekian untuk reviu yang tidak seberapa ini Saya yakin banyak lagi yang boleh kalian tambah sekiranya membaca sendiri Tuhan Manusia Andai kota itu Peradaban, rumah adalah budaya dan tiang seri pula adalah agama Inilah ungkapan yang ditulis di dalam setiap bab novel Tuhan Manusia.Ungkapan yang mempunyai maksud yang tersendiri, di dalam novel ini Novel ini boleh dikatakan sebuah novel falsafah Falsafah tentang agama yang menjadi tungjang kepada kehidupan Manusia Sebuah novel yang boleh membuka minda kita terhadap isu isu dan konflik yang melanda umat Islam Isu isu Pluralisme, Sekularisme dan Liberalisme, dibincangan de Andai kota itu Peradaban, rumah adalah budaya dan tiang seri pula adalah agama Inilah ungkapan yang ditulis di dalam setiap bab novel Tuhan Manusia.Ungkapan yang mempunyai maksud yang tersendiri, di dalam novel ini Novel ini boleh dikatakan sebuah novel falsafah Falsafah tentang agama yang menjadi tungjang kepada kehidupan Manusia Sebuah novel yang boleh membuka minda kita terhadap isu isu dan konflik yang melanda umat Islam Isu isu Pluralisme, Sekularisme dan Liberalisme, dibincangan dengan jelas di dalam novel ini Novel ini membuka mata kita tentang ancaman ancaman yang dihadapi oleh umat Islam melalui ideologi ideologi yang diperkenalkan oleh barat dan setiap ideologi itu dibincangkan dengan jelas melalui novel ini Isu isu yang ditulis di dalam novel ini, adalah isu isu yang berlaku secara realiti kepada masyarakat pada masa kini Novel ini secara ringkasnya adalah berkisarkan kepada sorang remaja yang ingin menenguhkan jati diri untuk melawan ideologi yang mengancam umat Islam saya mencatatkan dihalaman dedikasi Tuhan Manusia begini, terima kasih atas cinta yang terbinajunjung kasih atas segala yang diterimamohon kasih semoga damai dalam kasih dan sayangnya serasa saya menuliskannya setelah usai menghadam Tuhan Manusia saya malah tidak mempromosikan buku ini buat teman teman kerana Tuhan Manusia bukan bacaan santai hanya setelah memberi analisa dan komentar tentang latar cerita sahaja saya akan meminjamkan Tuhan Manusia untuk sesiapa yang bertanya membaca Tuhan M saya mencatatkan dihalaman dedikasi Tuhan Manusia begini, terima kasih atas cinta yang terbinajunjung kasih atas segala yang diterimamohon kasih semoga damai dalam kasih dan sayangnya serasa saya menuliskannya setelah usai menghadam Tuhan Manusia saya malah tidak mempromosikan buku ini buat teman teman kerana Tuhan Manusia bukan bacaan santai hanya setelah memberi analisa dan komentar tentang latar cerita sahaja saya akan meminjamkan Tuhan Manusia untuk sesiapa yang bertanya membaca Tuhan Manusia tanpa bekalan ilmu sampingan lainnya, yang samaada secara rinci atau ringkas turut dikupas ,tidak dapat membantu kefahaman orang awam terlalu banyak isu berkaitan murtad yang selalunya berputik kerana psikologi dan suasana masa lalu dan kecelaruan pemikiran seseorang terhadap kepelbagaian ilmu yang ditemukan dalam perjalanan seorang pelajar kekeliruan yang tidak diperbetuli saya mungkin telah berterima kasih atas kehidupan masa lalu yang penuh cinta dan kasih sayang, justeru saya tidak menyimpan dendam terhadap kehidupan yang kemungkinan akan merosakkan aqidah dan ketauhidan lalu berterima kasih juga atas segala kenikmatan yang dipinjamkan, terutamanya nikmat Islam dan Iman, justeru saya jadi tidak pasti adakah saya tergolong dalam true seeker of faith jika takdir saya tertulis sebaliknya dan jauh dari hidayah dan kebenaran dan terakhir mungkin sahaja setelah menamatkan kembara intelek bersama watak Ali Taqi yang hidup sebagai remaja yang menentang dan pencari kebenaran saya mahu menyampaikan dedikasi terhadap pencinta kebenaran yang sudah damai menemui Tuhan, semoga mereka berbahagia dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan setelah hidup mereka dipenuhi bakti dan khidmat untuk agama Pada permulaan novel ini, Faisal memberitahu pembaca bahawa buku ini ditulis dengan nada intelektual dan betul, memang terasa intellectual influence dalam bukunya yang satu ini malah, kerana unsur intelektualnya yang agak tinggi jika hendak dibandingkan dengan karya karyanya yang lain yang juga pastinya punya unsur falsafah dan intelektual yang tersendiri sehingga jalan cerita novel ini saya kira tidak begitu memuaskan terlalu banyak ceramah, ucapan, tetapi kurang pula jalan ceritanya at Pada permulaan novel ini, Faisal memberitahu pembaca bahawa buku ini ditulis dengan nada intelektual dan betul, memang terasa intellectual influence dalam bukunya yang satu ini malah, kerana unsur intelektualnya yang agak tinggi jika hendak dibandingkan dengan karya karyanya yang lain yang juga pastinya punya unsur falsafah dan intelektual yang tersendiri sehingga jalan cerita novel ini saya kira tidak begitu memuaskan terlalu banyak ceramah, ucapan, tetapi kurang pula jalan ceritanya atau, ada, tetapi terlalu straight forward.namun, saya puas membaca buku ini setelah sekian lama tidak membaca karya beliau, buku ini mengingatkan semula mengapa saya jatuh cinta pada dunia sastera, dan beliau juga adalah pengaruh saya yang paling kuat untuk mendorong saya mula menulis.sedikit kesal, kerana buku ini diterbitkan sekitar 2009, di waktu ketika saya masih di alam persekolahan sepatutnya saya membaca buku ini sewaktu itu barulah tidak terasa ketika penulis secara sinisnya mengkritik kita yang menghalang anak muda untuk mengkaji sesuatu yang berat, malah remaja itu sendiri tidak punya minat dan usaha ke arah itu ah, terasa sungguh saya syorkan buku ini dibaca kepada mereka yang tidak habis habis menyelar Faisal Tehrani seorang syiah mungkin betul beliau syiah, tetapi tidak pula menjadi seorang pengkaji seperti beliau malah, mampukah kita untuk menghasilkan satu novel yang berat seperti ini mengkritik di laman maya amat mudah tetapi tidak ramai orang seperti beliau yang take action, dan tidak hanya bergebang di alam maya